Pages

Brokoli dan Cendawan Shiitake dengan Sos Tiram

السلام عليكم

Dalam post yang lepas aku ada kongsikan satu menu Chinese food iaitu Ayam Kam Heong. Untuk lengkapkan sajian, apa kata kiter masak sayur brokoli dan cendawan shiitake yang dimasak dengan sos tiram.

Panjang nama lauk kali ni. Tapi memang tu lah nama dia. Tak der nama komersial. Huhuhu... Tapi sekali baca nama lauk ni, korang mesti dah dapat bayangkan macam mana rupanya dan rasanya.

Sedap! Ini merupakan satu lagi masakan cina yang aku ubahsuai sikit. Kalau ikut masakan asli Chinese, diorang rebus jer broccoli tu. Tapi aku lebih suka masak sekali dengan cendawan.

Jom cuba hidangan yang mudah tapi sedap ni!

Brokoli & Cendawan Shiitake dengan Sos Tiram

Bahan-bahannya:-

Broccoli
Cendawan shiitake segar
Tahu leper
Bawang putih 2 biji
Halia <> 1 cm
Sos tiram 2 sb
Kicap pekat 1 sb
Tepung jagung 1 sb
Air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Aku suka goreng sayur gunakan minyak zaitun. Tapi kalau tak der boleh jer gunakan minyak yang biasa korang gunakan.

Tumiskan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus.
Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat dan air serta garam secukup rasa.
Bila air dah mendidih masukkan cendawan dan brokoli.

Kemudian baru masukkan tahu leper dan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Gaulkan rata.
Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments:

Post a Comment