Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Ngor Hiang @ Martabak Cina

السلام عليكم

Resepi kali ni aku cuba daripada facebook viral yang pernah singgah kat wall facebook aku. Nampak menarik dan macam mudah nak buat. Jadi aku pun cuba.

Memang tak rugi cuba sebab memang sedap!

Dah beberapa kali aku buat, barulah kali ni nak kongsikan dengan korang.

Jagung Susu Viral

السلام عليكم

Semalam macam biasa aku singgah kat kedai Acheh yang biasa aku beli barang on the way balik ke rumah dari tempat kerja. Tetiba nampak berpek-pek jagung yang sangat cantik biji-biji dia. Terus beli, tapi tak der idea nak masak macam mana.

Pikir-pikir nak kukus jer... Tapi pada masa yang sama, aku cuba-cuba google resepi jagung. Manalah tahu ada resepi jangung yang best boleh cuba, kan.

Sekali jumpa resepi viral ni katanya. Resepi jagung susu ni memang aku pernah nampak lalu lalang kat fb. Nampak menarik. So, aku pun cubalah...

Senang jer!

Dan yang penting... memang sedap!

Jagung dah manis... tambah dengan susu, terasa lagi lemak dia. Pastu susu tu pun, sedap minum macam tu jer. Jadi air susu jagung. Sedap!

Buttered Prawn

السلام عليكم

Memula jatuh cinta dengan buttered prawn ni bila makan kat kedai Chinese muslim. Terus jatuh cinta. Memang kagum betul dengan floss telur dia. Sedap giler.

Pastu, bila teringin nak makan, cubalah buat sendiri. Floss tu memang susah nak jadi macam kat kedai. Tapi practice makes perfect. Lama-lama buat semakin menjadi walaupun tak 100% sama macam kat kedai. Bolehlah... nak makan sendiri.

Sebenarnya nak buat buttered prawn ni memang senang sangat! Bahan-bahan pun mudah jer sebenarnya.

Tak caya? Jom cuba!

Ayam Pandan Wangi

السلام عليكم

Kalau tengok kat website, ada macam-macam sangat resepi ayam pandan ni. Jadinya, aku gabungkan mana resepi yang aku jumpa dan tolak tambah sikit. Makan jadilah ayam pandan wangi versi aku.

Dan sebab kejadiannya memang sedap! So, aku kongsikan kat sini untuk panduan aku akan datang dan untuk korang cuba.

Resepi ayam pandan versi aku ni memang sangat mudah. Aku tak der gunakan serai atau biji ketumbar semua sebab aku tak suka kalau dalam pandan tak digoreng garing tak sedap, rasa hampas. Jadi aku elakkan gunakan serai dan herba-herba lain. Cuma guna serbuk jer.

Memang sedap. Dan bila goreng, semerbak bau wangi daun pandan.

Jom cuba!

Lempeng Tepung Gandum

السلام عليكم

Famili aku memang suka makan lempeng tepung gandum ni. Tak kiralah samada waktu breakfast mahupun dinner. Biasanya kitorang suka makan lempeng ni dengan sardin, kari ataupun sambal tumis.

Jom cuba hidangan ringkas ni.

Asam Rebus Kacang Panjang

السلام عليكم

Sebelum berkahwin, aku tak pernah makan asam rebus kacang panjang ni. Biasanya aku makan asam rebus batang keladi jer. Masa bertunang dulu, gi rumah bakal mertua, adik ipar masak asam rebus kacang panjang ni. Barulah tahu... kacang panjang pun sedap dimasak asam rebus.

Nak buat pun senang jer.

Kari Kepala Ikan Merah

السلام عليكم

Hari tu beli kepala ikan merah. Berkira-kira samada nak masak sup atau kari. Bila tengok bahan-bahan lain yang ada kat rumah, hmmmm... buat karilah!

Sedapnya kari kepala ikan. Berpeluh-peluh makan dengan nasi panas!

Spaghetti Aglio Olio

السلام عليكم

Kadang-kadang rasa tak nak makan nasi sebab tak der idea nak masak lauk apa. Memandangkan mode suami tengah diet sekarang ni. So, fikir nak masak yang ringan-ringan jer, yang senang-senang jer... dan menyihatkan...

Apa lagi... Aglio Olio lah!

Resepi simple tapi sedap. Anak-anak pun suka.

My princess, Niesreena kata, kalau mama masak spaghetti ni hari-hari pun boleh. Huhuhu... Mama yang tak buleh, sayang... Mama mesti nak cari nasi.

🍴 Popia Seaweed

السلام عليكم

Sedap tau popia seaweed ni. Nak buat agak leceh dan mengambil masa. Tapi bila makan, sekejap jer habis. Huhuhu... My little Khairunns, si Niesreena dan Naufal suka sangat! Laju jer makan.

Jom cuba buat kudapan yang sedap ni!

Brokoli dan Cendawan Shiitake dengan Sos Tiram

السلام عليكم

Dalam post yang lepas aku ada kongsikan satu menu Chinese food iaitu Ayam Kam Heong. Untuk lengkapkan sajian, apa kata kiter masak sayur brokoli dan cendawan shiitake yang dimasak dengan sos tiram.

Panjang nama lauk kali ni. Tapi memang tu lah nama dia. Tak der nama komersial. Huhuhu... Tapi sekali baca nama lauk ni, korang mesti dah dapat bayangkan macam mana rupanya dan rasanya.

Sedap! Ini merupakan satu lagi masakan cina yang aku ubahsuai sikit. Kalau ikut masakan asli Chinese, diorang rebus jer broccoli tu. Tapi aku lebih suka masak sekali dengan cendawan.

Jom cuba hidangan yang mudah tapi sedap ni!

🍴 Ayam Kam Heong

السلام عليكم

First time buat ayam Kam Heong. Sedap pulak rasanya. Sama macam kedai makan Chinese Muslim yang pernah aku makan hari tu.

Nampak sedap kan?

Nak buat tak der lah susah sangat. Cuma gunakan agak banyak bahan.

Puff Sardin

السلام عليكم

Hari ni aku nak ajar buat puff sardin yang sangat mudah dan sedap! Memang mudah sangat! Percayalah... Macam tagline blog ni...
"Kiter masak senang-senang ajer..."

Huhuhu...

Hujung minggu hari tu, lepas subuh jer terus aku buat puff sardin. Ingatkan nak buat breakfast then simpan separuh untuk minum petang. Tapi... tak sempat tengahari dah habis!

Sedaplah tu!

Kenapa sedap sangat?

Jom kiter tengok rahsia buat puff sardin yang sangat mudah tapi sedap merecik-recik nih!

Sambal Tumis Sotong Kembang

السلام عليكم

Sambal tumis kali ni aku buat untuk dimakan bersama dengan nasi lemak. Kalau nak buat sambal nasi lemak, sambalnya mestilah manis sedikit. Barulah merecik!

Aku memang suka makan sotong kembang ni dengan nasi lemak. Kalau beli nasi lemak kat luar pun, mesti nak sambal sotong kembang ni. Tapi kekadang tu tak puas hati sangat dengan sambal kat luar sebab sambalnya terlalu berair. Cair! So, terpaksa campur dengan sambal tumis biasa.

Tapi biasalah... kalau nak puas hati... masak sendiri!

Huhuhu...

Jom lah kiter masak sendiri... senang ajer!

Nasi Lemak Pandan

السلام عليكم

Biasanya setiap kali hujung minggu aku prefer untuk masak satu menu yang agak istimewa. Bukanlah istimewa sangat... Tapi menu yang boleh tahan dari pagi sampailah ke petang... Kalau boleh sampai malam!

Huhuhu...

So, tak der lah nak fikir pagi nak makan apa, tengahari nak makan apa, malam nak makan apa. Dan tak der lah nak duduk kat dapur jer kan. Kalau dulu, masa tak der baby, bolehlah sediakan menu lain-lain setiap kali waktu makan. Tapi sejak dah ada baby ni... masa untuk kat dapur terhad... masak pun kena laju jer...

Hujung minggu lepas, aku buat Nasi Lemak Pandan.

Wangi dan lemak sangat bau nasi lemak.

Suka!

Buat pun senang jer.

Jom cuba!

Ketam Masak Lemak Cili Padi

السلام عليكم

Actually kat rumah ni, aku sorang jer yang makan ketam. Jadinya... memang jarang-jarang sangatlah masak ketam. Kadang-kadang tu, kena tunggu ada orang datang ke rumah baru boleh masak. Barulah berbaloi.

Kali ni kiter masak ketam resepi yang paling mudah, iaitu masak lemak.