Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Puding Sagu Delight @ Sagu Gula Melaka

السلام عليكم

Puding sagu ni merupakan salah satu menu pencuci mulut kegemaran aku. Puding ni, ada orang panggil Puding Sagu Gula Melaka... famous sikit, orang panggil Sagu Delight.

Resepi puding sagu kali ni berlainan dengan resepi yang biasa aku buat sebelum ni. Sebelum ni, aku gunakan santan dan biji sagunya melekat. Ini cara yang biasa aku buat dari dulu.

Tapi beberapa tahun lepas, sudah mula dijual sagu gula Melaka di dalam bekas kecik-kecik tu. Aku jumpa pertama kali di pasar Ramadhan beberapa tahun lepas. Masa tu dijual seringgit untuk satu bekas. Bila cuba, eh sedap pulak. Sagunya tak melekat dan digantikan santan dengan susu.

Rupa-rupanya ada teknik nak buat sagu tu tak melekat dan elok jer sebutir-sebutir.

Jom cuba!

Pucuk Ubi Sambal Minang

السلام عليكم

Resepi kali ni aku dapat daripada salah satu daripada facebook masakan yang aku join. Tapi aku tak ingat pulak dari facebook yang mana satu. Cari-cari balik tak jumpa tapi sempat salin resepi.

Pernah makan pucuk ubi sambal minang ni?

Aku tak pernah. Biasanya pucuk ubi aku buat masak lemak atau masak dengan tempoyak atau rebus macam tu jer. Kali ni nak try pulak resepi baru. Lagi pulak resepi ni nampak senang jer. Sesuai dengan tagline blog ni - 'Kiter masak senang-senang ajer...'

Hehehe...

Tamagoyaki @ Sweet Japanese Egg Roll

السلام عليكم

Seperti yang dijanjikan dalam post yang lepas. Post kali ni aku nak kongsikan resepi dan cara-cara membuat Tamagoyaki @k@ Sweet Japanese Egg Roll @k@ Telur Gulung Manis Jepun.

Tamagoyaki merupakan salah satu menu pilihan untuk sushi.

Untuk resepi sushi, boleh klik sini.

Sushi

Beberapa minggu lepas aku ada ada beli cuka sushi di Aeon Seremban 2. Sejak beli, Niesreena asyik tanya "Mama, bila nak buat sushi?". Hmmm... bahan semua ada jer kat rumah. Cuma sushi bamboo roll tu jer tak der. Cari kat Mr DIY tak jumpa. Akhirnya jumpa kat Lazada. So, last week aku order, tapi sampai hari ni tak sampai-sampai lagi. Huhuhu...

Akhirnya, aku decide untuk buat jer sushi tanpa gunakan penggulung tu.

Jadi jugak!

Huhuhu...

Sebenarnya nak buat sushi ni senang jer. Memang sangat senang! Bahan-bahan pun mudah.

Resepi sushi dan cara-cara menyediakan sushi ada di bawah.

Jom buat!

Bubur merah - bubur putih

السلام عليكم

Tetiba jer enche Neezam nak buat bubur merah - bubur putih. Teringin nak makan katanya. Aku pun dah lama tak makan bubur ni. Last sekali makan rasanya dalam 5 atau 6 tahun lepas. Tu pun sebab ada kawan bawak gi opis.

Buat... memang tak pernah lagi...

Enche Neezam lagilah... katanya last makan bubur ni masa di sekolah rendah lagi. Lama betul tu!

Entah kenapa tiba-tiba pulak mengidam enche Neezam ni.

Bubur merah putih ni biasanya dibuat bila ada kesyukuran. Lebih kurang macam orang buat pulut kuninglah.

So, kali ni nak kongsikan resepi dari enche Neezam.

Jom cuba!

Pajeri Nenas

Siapa suka makan pajeri nenas?

Aku suka!

First time masak sendiri pajeri nenas ni masa kat Melbourne. Memang teringin sangat nak makan. So, google dan try buat.

Alhamdulillah... sedap macam masakan emak. Heheheh...

Actually, bagi aku masak pajeri ni agak leceh jugak sebab perlukan banyak bahan bagi satu 'side dish'. Pastu nak kupas nenas lagi. Pun satu masalah jugak. Leceh...

Tapi aku dapat satu penyelesaian bagi masalah kupas nenas. Nenas tu, dari guna buah nenas yang fresh sebijik tu, aku gantikan dengan nenas dalam tin. Hehehehe... Senang dan sedap sebab dah manis!

So, jom kiter try buat pajeri nenas.

Asam Pedas Ikan Pari ala Melaka *my mom's version*

Setelah sekian lama tak update resepi kat blog ni, as a comeback *cewah* aku ingin kongsikan masakan kegemaran aku dan Niesreena, iaitu asam pedas Melaka. Yang istimewa asam pedas kali ini ialah ia adalah versi yang my emak selalu buat. Memang terbaek!

My emak orang Melakau!

I'm back!

Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat yang penuh barakah!

Dah lama tak bersiaran dari blog ni. Hampir setahun!

Dalam setahun ni macam-macam benda jadi sebenarnya. Cuma tak tercerita kat sini. Semua kat blog aku di The Colours of Million Memories

Dan actually dalam setahun ni jugak aku jarang-jarang masak sebab... berbadan dua.

y(^-^)y

Alhamdulillah, sekarang dah bersalin. Dapat baby Khairunneeyaz yang comel sangat! Dan masih mencari semangat untuk rajin memasak semula. Hehehehe... Kalau tak masak, tak der bahan nak post kat blog ni.

Insya Allah... akan terus mencari semangat yang hilang dan upload sikit-sikit.

Semangat!

#juliescookingwithluv