Hari ni lepas solat subuh terus check-in kat dapur. Nak sediakan sarapan special sikit memandangkan ada keluarga mertua datang ke rumah sejak malam tadi.
Tekak ni pulak tiba-tiba teringin nak makan mee kari. Bila google resepi, tengok nak buat mee kari ni tak der lah susah sangat.
Alhamdulillah... percubaan pertama buat mee kari menjadi dengan jayanya.
Mee Kari Kerang
Bahan-bahan untuk kuah kari:-
Bawang merah 15 biji Bawang putih 5 biji Halia 2 inci Serai 1 batang Cili giling 3 sudu besar Kulit kayu manis 1 batang Bunga lawang 2 kuntum Buah pelaga 2 biji Daun kari 3/4 tangkai Udang kering segenggam Udang segar 500 gm Rempah kari daging 5 sudu besar Asam keping 2 keping Kentang 2 biji saiz besar - direbus dan dikisar sehingga halus Santan pekat 1 cawan Isi kerang 300 gm Fish cake 3 keping Tahu kering empat segi 10-15 biji Air secukupnya Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis
Bahan-bahan mee dan hidangan sampingan:-
Mee kuning 1 kg - dicelur
Telur - direbus, dikupas dan dipotong dua
Limau kasturi - dipotong 2
Cili merah - dihiris halus
Sawi - dicelur
Taugeh - dicelur
Bawang goreng
Cara-caranya:-
Mula-mula kita perlu sediakan stok udang.
Udang segar dikupas kulit dan kepala. Asingkan isi dan kulitnya.
Kulit dan kepala udang direbus dengan 3 cawan air untuk mendapatkan stok udang.
Bila dah mendidih, tapis air.
Stok udang yang telah siap.
Seterusnya kita sediakan kuah mee kari kerang.
Kali ni aku gunakan periuk noxxa. Setkan periuk kepada stir fry.
Kalau tak guna noxxa, tumis jer menggunakan periuk seperti biasa.
Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan udang kering dikisar halus.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari.
Selepas beberapa ketika, masukkan pula bahan-bahan yang telah dikisar dan cili giling serta rempah kari.
Goreng sehingga semua bahan garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan stok udang, air, kentang yang telah dikisar dan santan.
Bila kuah mula mendidih, masukkan asam keping, garam dan gula serta bahan-bahan basah yang lain.
Siap!
Sedia untuk dihidangkan bersama-sama bahan sampingan yang lain.
Alhamdulillah... sedap!
#juliescookingwithluv
No comments:
Post a Comment