Pages

Lala Goreng Bercili

Dulu masa mengandungkan Niesreena, aku mengidam sangat nak makan lala. Tapi nak yang emak masak. Resepi ni lah... Emak buat memang sedap.

Kebetulan pulak masa mengandung tu, susah pulak nak cari lala. Enche Neezam sanggup bawa aku gi Umbai, Melaka. Semata-mata cari lala, yang dah siap masak. Tapi tetap rasa tak puas sebab tak sesedap emak masak. Hahahaha... mengada kan?

Macam mana emak usahakan jugak cari lala hingga jumpa. Bila dapat lala yang emak masak, baru rasa puas. Alhamdulillah... sayang emak!

Jom cuba resepi lala yang sedap ni.

Lala Goreng Bercili

Bahan-bahannya:-

Lala 1 kg
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 2 biji
Halia 1 inci
Lada merah 2 biji
Cili kering 5 tangkai
Sos cili (Life) 1 sb
Gula 1 sk
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lada merah dan cili kering sehingga lumat.
Tapi kalau tak der masa nak tumbuk, boleh kisar jer semua dan gantikan cili kering dengan 1 sudu cili giling. Tapi... kalau tumbuk lagi sedap tau...

Goreng bahan-bahan tadi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan sos cili, gula dan garam.
Kacau rata dan tambahkan sedikit air.
Masukkan lala.

Goreng sehingga kulit lala bertukar kemerah-merahan.
Kalau rajin, tunggu sehingga semua lala ternganga.
Biasanya kalau dah masak lama tapi lala masih tak terngaga atau terkatup rapat, maksudnya dalam lala tu ada tanah. So, berhati-hatilah semasa membukanya nanti. Atau buang jer.

Nyuuuummmm... sedapnya! Ratah begitu saja pun sedap!

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments:

Post a Comment