Pages

🍴 Tips memasak yang menjimatkan masa bagi wanita yang bekerja, from A to Z!

Aku ibu yang bekerja. Balik jer dari office jam 5.30 tepat terus cabut. Dari Shah Alam sampai rumah di Nilai jam 6.20 petang, terus check-in ke dapur. Anak-anak balik sekolah biasanya memang lapar. So, kena cepat-cepat masak.

Alhamdulillah... setakat ni, selepas maghrib boleh terus makan malam. Kadang-kadang tu sebelum maghrib dah boleh makan malam. Masakan yang aku atau suami masak sendiri di rumah.

Kali ni aku nak kongsi tips-tips yang aku amalkan supaya dapat jimatkan masa memasak terutamanya bagi wanita yang bekerja. Semoga perkongsian ni bermanfaat buat semua!

y(^-^)y

1) Senaraikan menu yang hendak dimasak sepanjang minggu atau mungkin sepanjang bulan. Senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu tersebut.

2) Membawa senarai semak ketika membeli-belah supaya tiada bahan yang tertinggal nanti.

3) Bahan-bahan basah seperti daging-daging, ikan perlu dibersihkan sebelum disimpan di dalam peti ais.

4) Simpan daging-daging atau ikan di dalam bekas-bekas mengikut jumlah atau bahagian hendak dimasak setiap kali.

5) Sayur-sayuran juga perlu dibersihkan dan siap dipotong sebelum disimpan di dalam peti ais. Seperti bahan basah tadi, simpan sayuran juga mengikut portion/bahagian.
Tapi sila pastikan jenis sayuran. Sebab ada sayuran yang mudah layu lepas dipotong. So, tak sesuai dipotong dulu sebelum simpan.
Kalau ubi kentang, tomato, lobak, peria dan sewaktu dengannya tu tak perlulah potong dulu. Kalau sayuran hijau, bolehlah disiang terlebih dahulu. Pastikan asingkan daun dan batangnya.

6) Jika menu masakan perlukan bahan-bahan dikisar, bolehlah kisar dulu bahan-bahan pada hujung minggu. Dah siap kisar, boleh simpan terus dalam peti sejuk.

7) Pagi sebelum bertolak ke tempat kerja, keluarkan bahan beku terlebih dahulu. Simpan dalam peti sejuk biasa (bukan bahagian beku). Bila balik, bahan tadi akan lembut walaupun masih sejuk. Kalau dikeluarkan terus dari peti ais, takut bahan tersebut jadi busuk atau diceroboh lalat atau semut.

8) Kalau menu hari tu ada nasi, so mulakan dengan memasak nasi terlebih dahulu!

9) Multi tasking! Sambil masak 1st menu, sambil sediakan bahan untuk 2nd menu, atau sambil bersihkan sinki! Kena pandai menyambil-nyambil. Baru cepat siap masak!

10) Keluarkan apa yang perlu sahaja. Maksudnya, kalau korang nak masak satu-satu menu tu, keluarkan bahan-bahan yang nak guna jer. Jangan keluarkan mak nenek lain-lain yang tak perlu. Nanti jenuh nak simpan dan kemas semula.

11) Pastikan menu apa yang korang nak masak, then fikirkan yang mana kena masak dulu, yang mana kena masak kemudian. Susunan ni penting sebenarnya untuk menjimatkan masa.
Mulakan memasak dengan menu yang perlu dimasak lama. Dan fikirkan menu mana yang boleh berkongsi periuk atau kuali.
Contohnya: kalau menu hari tu - sup daging, telur dadar dan sayur campur goreng. Sup daging, masuk periuk, manakala telur dadar dan sayur campur akan gunakan kuali yang sama. Pada dapur 1, boleh start reneh sup manakala pada dapur 2, boleh goreng telur dadar dulu. Bila telur dadar dah siap, kuali tak perlu dibasuh tapi boleh terus goreng sayur. Tapi kalau goreng sayur dulu baru nak goreng telur, perlu bersihkan kuali dulu. Sementara menunggu menu atas dapur siap masak, sila bersihkan sinki atau sediakan meja makan.

12) Pastikan korang tau kat mana korang simpan segala garam, gula, perencah, minyak dan lain-lain mak nenek kat dapur tu. Jangan masa sibuk masak, masa tu lah tercari-cari mana garam, mana rempah... huhu...

13) Kalau boleh, gunakanlah non-stick pan. Senang nak dibersihkan. Tak der lah kena rendam bagai sebelum boleh dibersihkan, kan? Semak tengok!

14) Pastikan sinki sentiasa kosong dan bersih. So, masa nak masak keesokkan hari, tak der lah baru kelam kelibut nak membersihkan periuk belanga sebelum masak!

15) Dan tips yang terakhir... silalah ajak suami masing-masing bersama-sama menolong kat dapur. Kalau tak tolong banyak, sikit pun jadilah... tolong bersihkan sinki ke kan? Tolong kacau kuah dalam periuk ke? Tolong goreng ikan ke, kan? Sedap sikit hati kiter, ye tak?? Huhuhu...

Sumber asal: http://julieluvneezam.blogspot.my/2014/05/tips-memasak-yang-menjimatkan-masa-bagi.html

#juliescookingwithluv

No comments:

Post a Comment