Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

#juliescookingwithluv

Telur Puyuh Masak Tomato

Telur puyuh ni memang kegemaran Niesreena dan Naufal. Aku rasa, bukan anak-anak aku jer, tapi kebanyakkan bebudak memang suka sangat telur kecik ni.

Kalau tengah masak telur puyuh ni, memang kena sorok-sorok. Kalau tak... tak sempat buat lauk dah tinggal separuh diratah bebudak.

Teh Bunga Kekwa @ Chrysanthemum Tea

Biasanya pada bulan puasa jer senang jumpa air teh bunga kekwa ni. Bila dah habis bulan Ramadhan, dah susah nak jumpa. Paling-paling pun dalam kotak jer. Hmmmm... tak syok... tak der bunga. Hehehehe...

Kebetulan masa pergi beli barang dapur beberapa hari lepas, aku terjumpa pek bunga kekwa kering ni. Apa lagi... terus beli. Mesti enche Neezam suka.

Hmmm... memang betul pun. Habis satu jug malam tu jugak. Licin dengan bunga-bunga dia sekali.

Teh bunga kekwa atau turut dikenali sebagai chrysanthemum ni banyak khasiatnya. Antaranya:-

  1. Membantu melancarkan perjalanan darah
  2. Membantu pencernaan makanan
  3. Membantu mengurangkan sakit kepala
  4. Membantu mengurangkan sesak nafas atau asma dan menguatkan paru-paru
  5. Menyejukkan badan
  6. Membantu mengurangkan jerawat dan ruam di wajah
  7. Di dalam teh bunga kekwa @ crysantimun ini juga terdapat kandungan antivirus dan antipirochete (bakteria yang terdapat didalam penyakit siflis dan penyakit lyme) iaitu ciri yang membantu dalam menyembuhkan tekanan darah, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan arteriosklerosis
  8. Membantu mengurangi keradangan hati secara berperingkat
  9. Membantu mengurangkan panas akibat cuaca panas seperti demam, selsema dan sakit tekak
  10. Membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangkan kemerahan, kekeringan dan gatal pada mata jika diamalkan secara konsisten
  11. Amalan meminumnya secara berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda

Sumber dari google

والله أعلم

Jom kita buat!

Ikan Talapia Masak Sambal

Naufal suka sangat makan ikan talapia goreng sambal ni. Naufal suka bahagian yang garing-garing. Krup krap krup krap Naufal menggatah sehingga ke bahagian sirip ikan.

Ikan talapia ni memang sedap kalau digoreng garing-garing. Tapi bila dah disambalkan, hanya beberapa bahagian jer lah yang garing. Jadinya, kalau nak kekalkan kegaringannya, bila dah nak makan, barulah tuangkan sambal pada ikan.

Sweet Cup Corn

Inilah makanan ringan yang paling digemari Niesreena dan Naufal. Sedap! Nak menyediakannya pun senang!

Kat pasar malam berdekatan dengan rumah, harga corn in cup ni dah mencecah RM3 satu cup. Rasanya pun biasa-biasa ajer. Baik buat sendiri, lebih puas hati.

Nak tahu macam mana nak buat yang sedap? Jom tengok resepi kali ni.

Ayam Lada Hitam

Biasanya kalau beli ayam, bahagian dada yang paling pening nak masak. Kena sesuaikan dengan masakan. Kalau goreng atau buat sup gerenti tak laku. Semua orang nak cari bahagian yang ada tulang-tulang.

Bahagian dada ayam ni kadang kala aku simpan untuk dimasak sebagai rencah mee goreng, bihun goreng atau nasi goreng. Tapi kali ni buat ayam lada hitam. Hmmmm... laju semua orang makan.

Jom buat!

Masak Lemak Labu & Pucuk Manis

Hari tu aku masak siput sedut goreng bercili... masak sekali masak lemak labu dan pucuk manis ni. Abah kata, kombinasi lauk yang sangat sesuai!

Aku jarang sangat masak labu sebab kat pasaraya yang selalu aku pergi biasanya labu dijual sebiji-sebiji. Besar-besar pulak tu. Banyak sangat untuk dimakan 4 orang.

Kebetulan semalam ke Hero, jumpa pulak labu yang telah siap dipotong dan dijual kepada bahagian-bahagian kecil. Teruslah beli. Ada pulak pucuk manis yang dijual sekali. Hmmmm... sesuai sangat.

Creamy Coleslaw

Menu ini antara salah satu side dish yang aku sediakan untuk dimakan bersama lamb chop yang aku buat beberapa hari lepas. Senang sangat nak buat.

Smooth & Creamy Mashed Potato

Senang sebenarnya nak sediakan mashed potato atau kentang lenyek ni.

Niesreena suka makan kentang lenyek ni dengan ayam KFC. Tapi kali ni aku sediakan sebagai side dish untuk lamb chop.

Sos Cendawan Lada Hitam

Sos cendawan lada hitam kali ni aku sediakan untuk dimakan bersama lamb chop yang aku sediakan semalam. Tak sempat nak update post ni semalam kerana kekangan masa dan tenaga.

Biasanya kalau makan steak, aku akan pilih sos cendawan. Enche Neezam pula akan pilih sos lada hitam. Jadi kali ni, kita buat sos cendawan dan lada hitam supaya adil. Hehehehe...

Lamb Chop Perapan Istimewa

Malam semalam aku sediakan lamb chop sebagai hidangan makan malam. Western sikit! Sajer jer tukar selera.

Biasanya aku perap daging dengan rempah-rempah 'mix herbs' biasa jer. Tapi semalam aku terjumpa resepi perapan yang lain daripada yang lain dari blog masakan kegemaran aku - Azlita Masam Manis.

Nampak sedap. So, wajib cuba! Lebih-lebih lagi, kak Ita belajar resepi tersebut daripada seorang chef.

Alhamdulillah... tak rugi aku cuba. Memang serius sedap sangat! Tak pernah jumpa resepi lamb chop sesedap ini. Enche Neezam dan little Khairuns pun tak henti memuji kesedapan lamb chop kali ni.

Thanks kak Ita kerana sudi berkongsi resepi. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Korang pun kena cuba resepi ni.

Mee Goreng Mama

Semalam adalah hari zumba. So, setiap hari Rabu aku memang balik lambat dari office. Dalam kepala memikir menu yang senang-senang jer untuk makan malam. Enche Neezam kata, goreng mee jer senang.

Sampai di rumah, tengok semua ramuan untuk menggoreng mee sudah tersedia. Enche Neezam dah siap kupas bawang-bawang dan bersihkan sotong dan udang. Cuma tunggu aku bawa balik mee kuning dan sayur-sayurannya saja.

Kerja menggoreng mee jadi bertambah mudah bila dapat paste cili segera dari kawan office yang berniaga sambal cili yang lengkap dengan cili kering, bawang merah dan bawang putih. Senang dan cepat nak memasak. Aku dapat free jer sambal sedap tu sebab katanya sebagai hadiah membantu dia satu hari tu. Alhamdulillah... orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa...

Enche Neezam kata nak tolong gorengkan mee, tapi aku tahu, dia pun penat. So, biarlah aku yang goreng... Mee goreng mama... mama tau... bukan mamak... Hehehehe...

Roti Bakar Keju Telur Tengah

Hari ni sediakan breakfast special sikit untuk Niesreena dan Naufal sebelum ke sekolah. Biasanya salut jer roti dengan telur dan cheese. Resepi roti bersalut telur dengan keju di sini.

Kali ni aku buat 'egg-in-a-hole' pulak!

Excited bila diorang tengok hidangan yang lain daripada yang lain.
Selain tu, aku juga ada sediakan creamy mushroom soup dan garlic bread kegemaran Niesreena dan Naufal.

Jom kita tengok dulu resepi roti bakar keju telur tengah ni.

Nasi Goreng Cina

Nasi goreng kegemaran keluarga aku ialah nasi goreng cili padi. Kitorang memang suka nasi goreng pedas-pedas. Tapi memandangkan tetiba kehabisan cili padi dan agak malas nak keluar membeli, so, terpaksalah goreng nasi tanpa cili. Jadilah nasi goreng cina.

Nasi goreng cina ni pun mudah disediakan dan sedap juga. Cuma kurang pedas.

Jom kita tengok cara penyediaannya.

Siput Sedut Goreng Berlada dan Tips membersihkan siput sedut

Naufal suka sangat makan siput. Agak mengejutkan jugak sebab Naufal ni seorang picky eater. Sayur tak nak makan. Yang pelik sikit tak nak makan. Tapi siput dia suka pulak.

Biasanya aku dan enche Neezam jadi 'tukang sedut' siput untuk Niesreena dan Naufal. Then diorang akan tarik keluar siput tu dan makan!

Kalau ikutkan aku masa kecik, kalau makan siput, dah sedut tak nak keluarkan semula. Sebab geli tengok rupanya yang hijau-hijau. Geli. Huhuhu...

Kitorang suka siput sedut goreng berlada. Tak terlalu pedas dan ada rasa-rasa manis sikit. Sedap!

Resepi ni jugak sangat mudah.

Cuma yang buat lambatnya bila kena potong belakang siput tu satu persatu. Agak mengambil masa jugaklah. Tapi nak makan punyer pasal... redhoooo jer lah.

🍴 Rendang Ayam Cili Api @ Negeri Sembilan

Rendang cili api ni merupakan rendang kegemaran aku. Rendang cili api ni jugak dikenali sebagai rendang Negeri Sembilan. Berbanding dengan rendang biasa, rendang cili api ni lebih pedas. Dah namanya rendang Negeri Sembilan kan... mestilah pedas.

Selalu makan rendang warna coklat kan. Kali ni buat rendang warna kuning plak. Sedap jugak kalau makan dengan nasi impit. Makan dengan nasi panas-panas pun sedap!

Asparagus Goreng dengan Udang dan Telur

Korang kalau masak asparagus selalu masak apa? Aku selalu goreng jer dengan udang dan telur. Mmmmmm sedapnya. Kalau ratah begitu sajer pun best. Menu ni, kalau dihidangkan, sekali hadab jer habis.

Jom kita cuba menu ni.

🍴 Kuetiau Hong Kong

Tadaaaaaa!! My kuetiau Hong Kong!

Nampak menyelerakan tak?

y(^-^)y

Aku memang suka order menu ni bila makan kat restoran. Tapi susah nak jumpa yang pandai buat. Kekadang dah macam kuetiau ladna. Telur dan kuetiau tak ranggup. Kecewa sungguh.

So, kiter buat jer lah sendiri kat rumah yer...

Kena make sure, kuetiau yang digoreng salut dengan telur mestilah garing! Baru sedap!

Sambal Tempoyak Simple

Sambal tempoyak yang sangat simple.

Sangat senang nak disediakan. Sangat sedap! Dan sangat pedas!

Ayam Goreng Kunyit Pedas

Kalau beli ayam seekor, bahagian dada ayam selalunya hanya dibuat rencah tambahan jer. Masuk dalam mee atau sayur-sayuran. Kalau goreng seketul besar macam tu, mesti tak der saper nak ambik. Sian dada. Huhuhu...

Ini antara menu yang me'laku'kan bahagian dada. Baru semua orang makan...

🍴 Paru Goreng Istimewa

Resepi paru ni ialah resepi istimewa keluarga aku.

Aku belajar resepi ni daripada emak. Emak kata dia belajar resepi ni dari kawannya yang berasal dari Brunei satu masa dahulu. Aku tak pernah jumpa masakan ni dimasak dimana-mana tempat lain. Memang favorite kitorang sekeluarga. Niesreena dan Naufal pun suka sangat!

Bila raya, emak selalu masak hidangan ni. Orang pun tahu, rumah Cik Ani mesti ada masak paru sedap ni.

Bila kahwin, aku masakkan untuk hidangan ni untuk keluarga mertua. Diorang pun suka.

🍴 Tips memasak yang menjimatkan masa bagi wanita yang bekerja, from A to Z!

Aku ibu yang bekerja. Balik jer dari office jam 5.30 tepat terus cabut. Dari Shah Alam sampai rumah di Nilai jam 6.20 petang, terus check-in ke dapur. Anak-anak balik sekolah biasanya memang lapar. So, kena cepat-cepat masak.

Alhamdulillah... setakat ni, selepas maghrib boleh terus makan malam. Kadang-kadang tu sebelum maghrib dah boleh makan malam. Masakan yang aku atau suami masak sendiri di rumah.

Kali ni aku nak kongsi tips-tips yang aku amalkan supaya dapat jimatkan masa memasak terutamanya bagi wanita yang bekerja. Semoga perkongsian ni bermanfaat buat semua!

y(^-^)y

1) Senaraikan menu yang hendak dimasak sepanjang minggu atau mungkin sepanjang bulan. Senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu tersebut.

2) Membawa senarai semak ketika membeli-belah supaya tiada bahan yang tertinggal nanti.

3) Bahan-bahan basah seperti daging-daging, ikan perlu dibersihkan sebelum disimpan di dalam peti ais.

4) Simpan daging-daging atau ikan di dalam bekas-bekas mengikut jumlah atau bahagian hendak dimasak setiap kali.

5) Sayur-sayuran juga perlu dibersihkan dan siap dipotong sebelum disimpan di dalam peti ais. Seperti bahan basah tadi, simpan sayuran juga mengikut portion/bahagian.
Tapi sila pastikan jenis sayuran. Sebab ada sayuran yang mudah layu lepas dipotong. So, tak sesuai dipotong dulu sebelum simpan.
Kalau ubi kentang, tomato, lobak, peria dan sewaktu dengannya tu tak perlulah potong dulu. Kalau sayuran hijau, bolehlah disiang terlebih dahulu. Pastikan asingkan daun dan batangnya.

6) Jika menu masakan perlukan bahan-bahan dikisar, bolehlah kisar dulu bahan-bahan pada hujung minggu. Dah siap kisar, boleh simpan terus dalam peti sejuk.

7) Pagi sebelum bertolak ke tempat kerja, keluarkan bahan beku terlebih dahulu. Simpan dalam peti sejuk biasa (bukan bahagian beku). Bila balik, bahan tadi akan lembut walaupun masih sejuk. Kalau dikeluarkan terus dari peti ais, takut bahan tersebut jadi busuk atau diceroboh lalat atau semut.

8) Kalau menu hari tu ada nasi, so mulakan dengan memasak nasi terlebih dahulu!

9) Multi tasking! Sambil masak 1st menu, sambil sediakan bahan untuk 2nd menu, atau sambil bersihkan sinki! Kena pandai menyambil-nyambil. Baru cepat siap masak!

10) Keluarkan apa yang perlu sahaja. Maksudnya, kalau korang nak masak satu-satu menu tu, keluarkan bahan-bahan yang nak guna jer. Jangan keluarkan mak nenek lain-lain yang tak perlu. Nanti jenuh nak simpan dan kemas semula.

11) Pastikan menu apa yang korang nak masak, then fikirkan yang mana kena masak dulu, yang mana kena masak kemudian. Susunan ni penting sebenarnya untuk menjimatkan masa.
Mulakan memasak dengan menu yang perlu dimasak lama. Dan fikirkan menu mana yang boleh berkongsi periuk atau kuali.
Contohnya: kalau menu hari tu - sup daging, telur dadar dan sayur campur goreng. Sup daging, masuk periuk, manakala telur dadar dan sayur campur akan gunakan kuali yang sama. Pada dapur 1, boleh start reneh sup manakala pada dapur 2, boleh goreng telur dadar dulu. Bila telur dadar dah siap, kuali tak perlu dibasuh tapi boleh terus goreng sayur. Tapi kalau goreng sayur dulu baru nak goreng telur, perlu bersihkan kuali dulu. Sementara menunggu menu atas dapur siap masak, sila bersihkan sinki atau sediakan meja makan.

12) Pastikan korang tau kat mana korang simpan segala garam, gula, perencah, minyak dan lain-lain mak nenek kat dapur tu. Jangan masa sibuk masak, masa tu lah tercari-cari mana garam, mana rempah... huhu...

13) Kalau boleh, gunakanlah non-stick pan. Senang nak dibersihkan. Tak der lah kena rendam bagai sebelum boleh dibersihkan, kan? Semak tengok!

14) Pastikan sinki sentiasa kosong dan bersih. So, masa nak masak keesokkan hari, tak der lah baru kelam kelibut nak membersihkan periuk belanga sebelum masak!

15) Dan tips yang terakhir... silalah ajak suami masing-masing bersama-sama menolong kat dapur. Kalau tak tolong banyak, sikit pun jadilah... tolong bersihkan sinki ke kan? Tolong kacau kuah dalam periuk ke? Tolong goreng ikan ke, kan? Sedap sikit hati kiter, ye tak?? Huhuhu...

Sumber asal: http://julieluvneezam.blogspot.my/2014/05/tips-memasak-yang-menjimatkan-masa-bagi.html

#juliescookingwithluv

Pucuk Paku Pakis Masak Tempoyak

Ingatkan nak balik lambat hari ni sebab lepas office ada zumba. Tiba-tiba zumba batal pulak. Terus jer lah bergegas balik ke rumah.

Bukak peti ais, keluarkan sayur paku pakis yang dah siap disiang dan disimpan dalam peti ais. Ingat nak goreng jer... tapi terpandang pulak satu bekas tempoyak yang masih ada dalam peti ais. Apa lagi... kiter buat pucuk paku pakis masak tempoyak lah...

Siakap Stim Ala Thai

Assalamualaikum semua!

Kali ni nak kongsi dengan korang resepi yang supper dupper senang! All-in-one!

Ikan Siakap Stim Ala Thai

Biasanya kalau masak menu ni, jarang ada menu lain. Sebab semuanya dah masuk - ikan ada, sayur ada... complete meal. Masak pun sekejap jer. Sesuai sangat untuk ibu-ibu yang sibuk dan cepat sediakan makan malam.

Nasi Ayam Madu

Minggu ni masih sibuk dengan musim beraya dan open house lagi. Tiap-tiap hujung minggu sejak raya hari tu, kitorang mendapat kunjungan daripada kengkawan yang datang beraya. Alhamdulillah... masa ni lah masa untuk mengeratkan lagi silraturahim.

Minggu ni pun, kitorang masih menjemput kawan-kawan datang beraya di rumah. Tetiba buntu pulak nak cari menu apa untuk disajikan untuk kawan-kawan.

Memandangkan kitorang menjemput kawan pada hari kerja, so kena cari menu yang mudah tapi sedap! So, aku decide untuk menyediakan hidangan set nasi ayam madu. Senang!

Beli barang siap-siap masa lunch hour kat office tengahari tadi. Balik, tiba di rumah jam 6.20 petang, terus bergegas 'check-in' kat dapur pulak. Jom buat nasi ayam yang mudah tapi sedap ni.