Pages

Nasi Goreng Cili Padi

Ini version nasi goreng kegemaran husband dan anak-anak. Nasi goreng cili padi simple dengan ikan bilis dan tanpa sayur yang yummilicious hot!

Nasi Goreng Cili Padi

Bahan-bahan:-

Nasi 4 cawan
Cili padi segenggam atau ikut tahap tahan pedas korang
Bawang merah 3/4 biji
Bawang putih 4 biji
Ikan bilis 2 genggam
Telur 2 biji
Garam secukup rasa
Minyak masak 1/3 cawan

Cara-caranya:-

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga lumat. Masukkan garam kasar dan tumbuk.

Ikan bilis direndam seketika dan ditumbuk sedikit. Tidak terlalu lumat.

Di dalam kuali, tumiskan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk termasuklah ikan bilis.
Goreng dengan api sederhana besar sehingga bahan tumis agak garing.
Masukkan nasi dan kacau rata.
Cuba rasa nasi, jika kurang masin, boleh tambahkan garam halus.
Bila nasi dah sekata dengan bahan tumis, masukkan 2 biji telur.

Kacau sekata.
Teruskan menggoreng sehingga kering.
Sedia untuk dihidangkan.

Hidangan ini sesuai dihidangkan pada bila-bila masa samada sebagai sarapan mahupun makan malam.

#juliescookingwithluv

No comments:

Post a Comment