Pages

Bihun Goreng Tomyam

Berbanding dengan bihun goreng biasa, aku suka lagi bihun goreng tomyam. Lebih kurang sama jer dengan bihun goreng biasa... tapi ada tambahan bahan istimewa yang lain. Dan lebih sedap!

Bihun Goreng Tomyam

Bahan-bahannya:-

Bihun ½ bungkus
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 biji
Pes tomyam 2 sudu besar
Cili giling 1 sudu besar
Udang kering segenggam
Udang 7 ekor
Sotong 3 ekor
Tomato 2 biji
Lobal merah 1 biji
Daun limau purut 2 helai
Telur 3 biji

Cara-caranya:-

Bihun direndam sehingga lembut dan kemudian dituskan airnya.
Udang kering direndam seketika dan kemudian dikisar bersama-sama dengan bawang merah dan bawang putih.
Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.
Masukkan juga cili giling, daun limau purut dan pes tomyam.

Goreng sehingga pecah minyak dan naik bau.
Kemudian masukkan sotong dan kemudian udang.

Masukkan pula bihun yang telah dilembutkan.

Gaul bihun sehingga rata dengan sos.

Masukkan telur dan kemudian lobak merah yang telah dipotong nipis dan panjang.

Kacau sehingga bihun lembut. Masukkan tomato.
Bolehlah dihidangkan!

Sesuai untuk dihidangkan sebagai sarapan pagi dan makan malam.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments:

Post a Comment