Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Bihun Goreng Tomyam

Berbanding dengan bihun goreng biasa, aku suka lagi bihun goreng tomyam. Lebih kurang sama jer dengan bihun goreng biasa... tapi ada tambahan bahan istimewa yang lain. Dan lebih sedap!

Batang Keladi Masak Asam

Semalam aku sempat ke pasaraya berdekatan dengan tempat kerja. Hero namanya. Aku memang suka membeli barang kat situ sebab ada banyak sangat pilihan terutamanya sayur-sayuran dan lain-lain bahan basah.

Kebetulan semalam terjumpa batang keladi. Alamak! Sedapnya... Lagipun dah lama tak makan lauk batang keladi. Kalau makan dengan siput masak lemak... uiiissshhh sedapnya. Walaupun ada juga siput dijual di pasaraya tu, tapi aku tak boleh nak beli sebab nak membersihkan dan menyediakan siput akan mengambil masa. Mungkin kalau hujung minggu ok kot. Kalau weekdays, kita masak senang-senang ajerlah... ok...

Batang keladi ni, kalau nak senang, buat masak asam jer. Walaupun senang... tapi memang sedap!

Nasi Goreng Petai

Bila dah kebuntuan idea nak masak apa... tapi nak sedap dan mudah... dalam kepala mesti terfikirkan nasi goreng. Tengok dalam peti ais ada petai! So, hari ni nak kongsikan dengan korang nasi goreng petai.

Ikan Keli Sambal Petai

Sebelum ni aku ada kongsikan tips untuk membersihkan ikan keli dan cara-cara untuk menggoreng ikan keli ni. Ikan keli ni, kalau tak betul cara goreng dia, mau meletop-letop minyak masa menggoreng.

Hari ni nak kongsi resepi ikan keli sambal petai yang super sedap ni dengan korang.

Ikan Keli Goreng & Tips bersihkan dan menggoreng ikan keli

Ikan keli ni... kalau goreng garing-garing memang sedap!

Naufal dan Niesreena suka sangat bahagian ranggup-rangup ikan ni. Sampai ke tulang-tulang diorang kunyah.

Kali ni aku nak kongsikan resepi ikan keli goreng dan tips-tips membersihkan ikan keli ni serta menggoreng ikan keli ni kasi garing dan tak meletop-letop ketika menggoreng.

Roti Bersalut Telur Dengan Keju

Setiap pagi, aku akan bangun lebih awal untuk sediakan sarapan untuk Niesreena dan Naufal sebelum ke sekolah. Diorang memang wajib bersarapan di rumah. Kadang-kadang aku gorengkan diorang nasi, nugget... kadang-kadang makan bijirin jer... dan kadang-kadang roti bakar.

Dan kalau ada roti kat rumah, terpaksalah diorang bersarapan roti beberapa hari, sebab nak menghabiskan stok roti sebelum tarikh luput. Tapi kenalah pelbagaikan resepinya. Kekadang buat roti bakar, kekadang sapu jer dengan jem atau kaya dan kekadang buat roti telur.

Hari ni aku nak kongsikan resepi roti yang disalut dengan telur dan berinti keju yang gebu-gebas dan mengenyangkan!

Puding Kastard Gula Kabong

Hari ni nak kongsi resepi enche Neezam yang sangat sedap! Sesuai sangat makan dikala mulut rasa nak mengunyah... tapi tak nak makan berat-berat. Pastu makan masa dia dah sejuk dalam peti ais... perrrgghhhh... sedap giler!

Ini enche Neezam namakan
Puding Kastard Gula Kabong

Senang jer nak buat dia. Jom tengok resepi di sini.

🍴 Mee Jawa

Hari ini ada kengkawan nak datang beraya di rumah. Enche Neezam menyediakan hidangan nasi hujan panas. Manakala aku sediakan hidangan Mee Jawa.

Actually, hari Khamis lepas aku buat sikit untuk dinner dengan keluarga. Memandangkan masih ada lagi bahan-bahan yang diperlukan di rumah, jadi, kita repeat masak. Lagipun... sedap! Hehehehe...

Terung Goreng Bercili

Aku suka terung kalau buat goreng bercili atau buat paceri. Tapi kali ni aku kongsikan resepi ringkas terung goreng bercili dulu k. Insya Allah ada rezeki lain kali kongsi resepi untuk paceri terung pulak.

Sardin Goreng Asam

Sekali sekala makan sardin memang terasa sedap sangat!

Makan dengan nasi panas. Lebih-lebih lagi kalau ada sekali dengan telur dadar dan kicap manis. Sedapnya!

Jom cuba masakan yang mudah tapi sedap ni.

Sup Ekor d'best!

Sup ekor merupakan makanan favorite kitorang sekeluarga. Bukan aku dan enche Neezam sahaja, Niesreena dan Naufal pun suka. Kalau pergi makan kat restoran, biasanya order sup ekor 2/3 mangkuk, dapatlah dalam 9/10 ketul ekor. Tak puas makan tapi harganya mahal.

Sebenarnya dah beli ekor ni dari pasaraya Hero sejak minggu lepas, tapi tak bermasak sebab enche Neezam dan Naufal demam berganti-ganti. Takut lagi panas pulak badan diorang sebab makan sup ekor lembu ni.

Alhamdulillah... enche Neezam dan Naufal dah pulih sepenuhnya sekarang. Bolehlah masak best sikit.

Gulai Tempoyak Ikan Kembung

Dah beberapa kali balik dari kerja nampak kedai durian ada jual sebalang besar tempoyak. Asyik berkira-kira jer nak beli ke tak... Akhirnya, tak tahan tengok tempoyak macam memanggil-manggil suruh beli, belilah jugak.

Dah terbayang-bayang menu nak dibuat dengan tempoyak ni. Kebetulan pagi tadi ada keluarkan ikan kembung, so, kiter buat gulai tempoyak ikan kembung dulu.

🍴 Soto Ceker Ayam

Awal minggu lepas, husband kata ada kawan nak datang beraya hujung minggu ni. Kawan lama yang sangat dirindukan. Enam tahun tak jumpa sejak balik dari Melbourne dulu. Dah anggap macam saudara sendiri.

So, bila kata nak datang, mestilah nak jamu yang best-best sikit... yang termampu... buatlah soto...

Kebetulan kelmarin kitorang ke Mydin, tengok ada ceker @k@ kaki ayam, jadinya, menu istimewa semalam ialah
Soto Ceker Ayam

🍴 Bergedil Ayam

Kalau buat soto, tak sah kalau tak buat sekali bergedil. Kalau tak buat bergedil, rasa tak lengkap hidangan soto.

Masa mula-mula belajar buat bergedel dulu, bergedel selalu jer pecah masa tengah masak dia. Frust betul. Tapi alhamdulillah... sekarang tidak lagi. Orang kata... dah expert... Huhuhu...

Tapikan... orang kata jugak... practice makes perfect!

So, bila dah lama-lama buat, mestilah semakin baik. Belajar dari kesilapan. Sebab tu kita tak boleh mudah putus asa... tapi kena cuba sampai jadi!

Jom kita buat.

🍴 Sambal Kicap Pedas

Dari dulu lagi sampai sekarang, enche Neezam memang expert buat sambal kicap. Masa di Melbourne dulu, kawan-kawan siap sediakan bahan-bahan dan enche Neezam tinggal buat jer.

Mungkin sebab orang Johor, memang terkenal dengan sambal kicap. Sebab itu enche Neezam pandai buat sambal kicap ni. Diorang makan tempe dengan sambal kicap, makan pisang goreng dengan sambal kicap, soto wajib ada sambal kicap.

Mint & Grean Peas Couscous

Couscous adalah sejenis pasta yang unik sebab rupanya yang kecil dan halus berbanding dengan pasta-pasta lain. Cara memasaknya jugak sangat senang - kurang dari 5 minit. Sesuai sangat untuk orang yang supper busy dan sedang berdiet kerana couscous tinggi fiber.

Menu ni, first time aku cuba masa kat Melbourne dulu. Couscous merupakan salah satu side dish di Nandos di sana. Dari situlah mula jatuh hati dengan couscous.

Resepi kali ni sangat mudah dan tak menggunakan dapur gas atau pembakar pun.

Jom cuba!

Sambal Tumis Telur Itik

Ini salah satu resepi yang aku belajar dengan emak. Emak aku memang pandai masak. Apa jer yang mak masak gerenti sedap!

Sambal tumis telur itik ni kegemaran kitorang aku sejak sekolah lagi. Enche Neezam tak pernah makan sambal tumis macam ni sebelum kahwin. Aku pun tak pernah jumpa kat tempat lain.

Baby Kailan Ikan Masin

Sayur kailan ni merupakan salah satu sayur kegemaran aku. Aku suka rasanya yang fresh dan rangup.

Semalam gi pasaraya, kebetulan terjumpa baby kailah. Waaaa... sedapnya! Kebetulan jugak ada stok ikan masin kat rumah. Hmmm... apa lagi... mesti buat kailan ikan masin!

Kalau kailan ikan masin version aku, aku tak suka ada sos tiram sebab nanti hilang rasa ikan masin tapi rasa sos tiram pulak.

Daging masak hitam... Mudah dan gerenti sedap!

Resepi ni memang sangat sedap!

Aku minta resepi dari makcik aku kat kampung pada hari raya yang lepas sebab Naufal suka sangat. Bukan Naufal jer... tapi ramai yang suka, hingga licin sekelip mata ajer.

Malam tadi aku cuba buat. Resepi ingat-ingat lupa sebab tak salin... Main ingat-ingat jer... Sebab memang mudah jer bahan-bahan dia... Tak der rempah jintan halba bagai... Tak der!

Yang paling aku ingat makcik aku cakap, sekilo daging, sekilo jugak bawang. Banyak betul bawang! Tapi itulah yang membuatkan resepi ni lebih istimewa.

Alhamdulillah... percubaan pertama, menjadi jugak. Naufal tambah nasi 4 kali dan berkali-kali Naufal dan Niesreena cakap sedap. Alhamdulillah...

🍴 Telur 100 tahun @ Telur padi dengan bawang

Ada orang panggil ini telur 100 tahun, ada jugak yang panggil telur padi dan dalam bahasa Inggerisnya ia dipanggil Century Egg.

Rupanya pelik dan namanya menyebabkan orang geli nak makan.

🍴 Thai Green Tea @ Chatramue

Aku jatuh hati dengan Chatramue ni sejak melancong ke Krabi tahun lepas. Teh hijau yang sangat wangi dan rasanya yang sedap dan menyegarkan!

Sebelum balik, aku beli beberapa paket untuk dibawa balik.

Nasi Goreng Cili Padi

Ini version nasi goreng kegemaran husband dan anak-anak. Nasi goreng cili padi simple dengan ikan bilis dan tanpa sayur yang yummilicious hot!

🍴 Ketupat

Ketupat.

Hidangan wajib setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri bagi kedua-dua belah keluarga aku dan suami. Tetapi bukan calang-calang orang yang pandai buat; samada nak menganyam, mahupun merebus ketupat.

Setiap kali lebaran, mesti nak kena asah skill menganyam balik. Alhamdulillah, setiap tahun masih ingat lagi cara menganyam. Dan biasanya, urusan merebus ketupat diserahkan kepada enche Neezam, my beloved husband.

Ribena Bandung Soda

Biasanya minum sirap bandung soda kan?

Apa kata kali ni kita try Ribena Bandung Soda pulak. Cuba hidangkan pada pagi raya... Kelasssss gitew....

Sedap

🍴 Rendang Daging

Semalam buat lemang periuk kera. So, buatlah rendang daging untuk dimakan bersama. Barulah ngam makan lemang kan...

Jadilah makan lemang pra-Syawal.

Jom try resepi ni. Bolehlah masak pada malam atau pagi raya nanti.

🍴 Lemang Periuk Kera

Sejak beberapa minggu lepas di facebook sana sini orang sibuk makan lemang periuk kera. Katanya sejak tengok cerita upin dan ipin. Ye ke? Hahahhaha... Berpengaruh sungguh walaupun hanya cerita kartun.

Hari Jumaat yang lepas, kawan sepejabat bagi 10 kelongsong periuk kera. Excited sangat rasanya! Mesti cuba!

Pengat Pisang dengan Sagu

Kat rumah masih ada lagi lebihan pisang nipah pemberian jiran sebelah. Separuh darinya aku dah buat pisang molen. Ada tinggal lagi beberapa biji lagi.

Memandang hari ni nak pergi berbuka di luar dan tak bercadang nak masak apa-apa, so, aku buat sedikit pengat pisang. Buat alas perut sementara nak pergi ke restoran. Kitorang hanya akan ke restoran selepas solat maghrib di rumah sebab malas nak tergopoh-gapah makan dan bersesak-sesak di surau luar.

🍴 Nasi Hujan Panas Hadiah Harijadi

Alhamdulillah... semalam berinjak usia aku ke 36 tahun. Syukur kehadrat Allah swt, pada hari ini aku masih dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia disamping keluarga yang tercinta.

Semalam, tiada apa-apa sambutan yang istimewa, tiada kek apatah lagi bunga-bungaan. Cuma ada yang extra istimewa sahaja - nasi hujan panas air tangan suami bersempena hari jadi aku untuk juadah berbuka semalam.

Alhamdulillah, hasilnya sangat sedap, secantik rupanya...