Pages

🍴 Pisang Molen

Minggu lepas jiran sebelah bagi pisang nipah. Agak banyak jugak, Tak tau sebenarnya nak buat apa. Tetiba teringat pisang molen. Biasanya aku beli frozen jer bila balik rumah emak. So, kali ni, try buat sendiri pulak.

Memandangkan hari ni cuti, bolehlah buat masakan yang agak leceh sikit.

Pisang molen ni asalnya dari Indonesia. Susah nak cari orang jual kat sini tapi dekat dengan rumah mak aku kat Setapak ada jual.

Pisang Molen

Bahan-bahannya:-

Pisang, samada pisang nipah atau pisang raja
Tepung gandum 300 gm
Marjerin 50 gm
Gula halus 50 gm
Telur 1 biji
Esen vanila 1 sudu
Garam secukup rasa
Air
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-

Uli semua bahan-bahan menjadi doh.

Kemudian biarkan selama lebih kurang 20 minit.

Pisang dipotong panjang kepada 4 bahagian.

Pastikan korang ada mesin ni... Mesin apa kenamanya ni ek? Mesin untuk nipiskan doh. Senang sikit kerja. Kalau nak guna penggelek manual dengan tangan jer... jenoh!

Sebelum nipiskan doh, bahagiakan doh kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.

Nipiskan doh lebih kurang 1.5mm. Kalau guna mesin tu, nipiskan hingga nombor 1.

Bila korang dah buat sekali dua, korang akan tahu berapa panjang dan lebar yang sesuai dengan ukuran pisang.

Balutkan pisang dengan lapisan doh tadi dari atas ke bawah.

Siap! Boleh terus goreng. Tapi kalau korang nak frozenkan dulu, bolehlah goreng sekejap, jangan hingga kuning. Agak-agak macam dalam gambar bawah ni. Then bolehlah dibekukan.

So, jadilah pisang molen. Rangup diluar, pisang di dalam.

Sedap dimakan begitu sahaja atau dengan sambal kicap.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments:

Post a Comment