Pages

🍴 2 Sauces Baked Macaroni & Cheese

Baked mac & cheese ni favorite aku dan Niesreena dari dulu lagi. Sedap. Tapi rasanya nak buat macam leceh jer. Huhuhu... Tapi kalau dah teringin nak makan, kenalah buat. Lebih puas hati!

So, kali ni aku nak kongsikan resepi Baked Mac & Cheese ni... my way... Aku suka gunakan 2 sos - bolognese dan cabonara. So, ada rasa masam tomato dan lemak cabonara, ditambah pulak dengan cheese. Memang terbaik!

Jom cuba!

2 Sauces Baked Macaroni & Cheese

Bahan-bahannya:-

Macaroni 500gm
Daging ayam/lembu cincang 200gm
Cendawan butang 5-6 biji
Tomato 1 biji
Batang saderi 1 batang
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 1 ulas
Minyak zaitun 2 sb
Sos bolognese Prego 1 botol besar -665 gm
Sos cabonara Preggo 1 botol besar - 665 gm
Mozarella cheese 100 gm
Gula 2 sb
Garam secukup rasa
Daun selasih

Cara-caranya:-

Rebus macaroni selama 9-12 minit dengan air mendidih. Letakkan sedikit garam.

Sementara tunggu macaroni siap direbus, di dalam kuali bolehlah sediakan sos dia.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun. kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang dicincang halus. Serta daging/ayam cincang.

Goreng sehingga daging masak.

Masukkan tomato yang telah dipotong dadu, batang saderi telah yang dihiris dan macaroni yang telah direbus.

Kemudian masukkan sos bolognese. Gaul semuanya sehingga sebati.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Sediakan mangkuk yang boleh dibakar di dalam ketuhar dan sapukan sedikit butter dipermukaannya.

Masukkan macaroni yang telah digoreng tadi ke dalam mangkuk. Masukkan sehinggan 1/2 mangkuk sahaja.

Kemudian taburkan mozarella cheese di atasnya.

Kemudian penuhkan lagi dengan macaroni.

Curahkan sos cabonara di atasnya.

Ratakan sos cabonara dan letakkan mozarella di atasnya.

Kemudian boleh letakkan hirisan tomato dan sedikit hirisan daun ketumbar/basil.

Dan hasilnya!

Yummeh!

Serius sedap! Niesreena suka sangat kalau letak sos cabonara banyak-banyak dan cheese banyak-banyak. Memang terasa lemak dan cheesy sangat!

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments:

Post a Comment