Pages

🍴 Sambal Tempoyak Cili Padi dengan Petai

Nyum... nyuuummm...

Sedapnya...

Nampak menggiurkan tak?

Ini adalah salah satu favorite aku.

Sambal tempoyak cili api dengan petai! Memang sedap!

So, sini aku kongsi resepi. Nanti korang boleh try!

Kongsi resepi pertama tahun 2016!

Sambal Tempoyak Cili Padi dengan Petai

Bahan-bahan:-

Tempoyak
Petai
Cili api / cili padi
Ikan bilis
Daun kunyit
Gula dan garam secukup rasa

Sukatan dia, sukahati, sesedap rasa. Hahahha... boleh tak macam tu. Maksudnya kalau korang nak pedas sangat, letaklah cili banyak-banyak. Kalau kureng pedas, letaklah sikit jer cili padinya. Ok?

Cara-caranya:-

Tumbuk cili api sehingga lumat. Ketepikan.
Rendam ikan bilis dan kemudian tumbuk. Jangan lumat sangat. Asalkan pecah-pecah jer.
Daun kunyit dihiris.
Petai dibahagi dua atau empat.
Masukkan tempoyak dan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk.
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
Panaskan dengan api kecil. Pastikan sentiasa kacau supaya tak hangit.
Masak lebih kurang lima minit sahaja.
Siap!

Bolehlah dihidangkan.

Sedap kalau makan dengan nasi panas dan ikan masin! Tapi aku suka jugak kalau makan dengan roti. Jadi macam jem. Uuuuuuu... sedapnyer!!!

Alamak! Terliur lagi!

#juliescookingwithluv

No comments:

Post a Comment